
Anjuran Bersama


Rakan Kerjasama



Objektif Pertandingan
- Memberikan ruang dan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah dalam pendeklamasian sajak berunsurkan sains.
- Mendekatkan dan memupuk minat dan kecintaan golongan remaja terhadap bahasa, sastera Melayu dan bidang sains.
- Mencungkil bakat-bakat baharu dalam menulis dan mendeklamasikan sajak.
MAKLUMAT
Pertandingan
Tema Pertandingan
Peserta hendaklah menghantar video deklamasi sajak berunsurkan Sains
Sajak yang tidak menepati tema akan menyebabkan penyertaan terbatal secara automatik.
Kelayakan Peserta
Mestilah warganegara Malaysia.
Terbuka kepada remaja berusia dari 13 hingga 20 tahun.
MAKLUMAT
Peringkat Pertandingan
Peringkat Saringan
- Peserta akan menghantar video untuk penilaian saringan
- 20 deklamasi sajak terbaik akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir
- Tarikh penyertaan: 16 Mei – 30 Jun 2022
- Tarikh penilaian: 1 – 8 Julai 2022
- Tarikh pengumuman (20 deklamasi terbaik): 9 Julai 2022
Peringkat Akhir
- Tarikh penilaian: 26 – 27 Julai 2022 (2 hari)
- Tarikh paparan di Youtube: 9 – 27 Julai 2022 (semua video peserta)
- Tarikh pengumuman: 30 Julai 2022
Hadiah Tambahan
- Video paling disukai (Like terbanyak berdasarkan undi penonton)
- Busana paling menarik (peringkat saringan)
MAKLUMAT
Hadiah & Penghargaan
PERTAMA
RM 1500
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
KEDUA
RM 800
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
KETIGA
RM 600
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
3 × SAGU HATI
RM 200
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
PERTAMA
RM 400
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
KEDUA
RM 300
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
KETIGA
RM 200
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
3 × SAGU HATI
RM 100
+ sijil digital pemenang
+ hadiah iringan
Syarat Pertandingan
Syarat Am Pertandingan
- Pertandingan terbuka kepada remaja berusia dari 13 hingga 20 tahun (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6).
- Sajak hendaklah dalam bahasa Melayu.
- Peserta boleh mendeklamasikan sajak ciptaan sendiri atau memilih sajak daripada pelbagai sumber penerbitan.
- Sajak ciptaan sendiri mestilah karya Asli peserta dan akan dinilai untuk Pertandingan Menulis Sajak.
- Karya plagiat, terjemahan, atau yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.
- Karya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
- Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urus setia mendapati peserta melanggar syarat pada no. 4 dan no. 5, urus setia berhak menarik kembali hadiah kemenangan.
- Peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian sajak yang terdapat dalam laman utama pertandingan, www.bakatrakyat.test. Borang tersebut perlu dihantar secara dalam talian bersama-sama video deklamasi sajak.
- Penyertaan yang dihantar hak milik penulis. Walau bagaimanapun pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkannya pada bila-bila masa.
- Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan tertakluk kepada pertimbangan penganjur.
- Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.
- Keputusan panel hakim muktamad. Sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.
Syarat Khas Pertandingan
- Penulisan sajak
- Sajak yang dideklamasikan mestilah dalam bahasa Melayu.
- Sajak hendaklah ditaip menggunakan kertas A4 jarak 2 langkau.
- Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 11.
- Spesifikasi Video dan Panduan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
- Durasi video mesti tidak kurang daripada 2 minit dan tidak melebihi 5 minit.
- Format video ialah MOV dan MP4.
- Video mestilah dalam format HD (1280 x 720) atau HD Penuh (1980 x 1080) atau 4K (4096 x 2160) dengan saiz nisbah video 16:9 (melintang).
- Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu atau alat muzik semasa mendeklamasikan sajak. Walau bagaimanapun, muzik latar mestilah tidak terlalu kuat hingga mengganggu suara pendeklamasi.
- Penggunaan latar hijau (green screen) untuk memasukkan kesan khas digalakkan.
- Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak.
- Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang dideklamasikan.
Kriteria Pemarkahan
- Penilaian panel juri berdasarkan aspek pemarkahan seperti yang berikut:
- Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
ASPEK SUARA (75%) GAYA DAN TEKNIK (25%) PENILAIAN Vokal Intonasi Nada Artikulasi Kelancaran Penghayatan/Mimik Muka/Bahasa Tubuh Penampilan/ Ketertiban MARKAH 20 15 15 15 10 15 10 - Pertandingan Menulis Sajak
- Estetika/Keindahan: 40%
- Bahasa/Pemilihan Diksi : 30%
- Isi/Mesej/Pemikiran 30%
- Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
- Pemenang akan ditentukan berdasarkan markah tertinggi yang diberi oleh panel hakim.
- Markah yang diterima oleh peserta adalah sulit dan tidak akan didedahkan.
- Keputusan panel hakim muktamad. Sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dilayan.