Anjuran Bersama
Objektif Pertandingan
- Mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak prasekolah bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
- Menggalakkan anak-anak prasekolah membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
- Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan anak-anak prasekolah.
- Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
- Menyemai minat dan amalan membaca pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak.
- Mengoptimumkan penggunaan media sosial sebagai pelantar memperkembangkan dan mempromosikan bahasa Melayu sebagai bahasa unggul.
MAKLUMAT
Pertandingan
Tempoh Penyertaan
Penyertaan dibuka dari 1 Ogos sehingga 30 September 2022.
Pengadilan bermula 1 Oktober sehingga 14 Oktober 2022.
Pengumuman pemenang akan dibuat pada 19 Oktober 2022.
Kelayakan Peserta
Mestilah warganegara Malaysia.
Terbuka kepada murid Prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun dan Sekolah Rendah Tahap Satu di seluruh Malaysia
Syarat Pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada murid Prasekolah berumur 5 hingga 6 tahun dan Sekolah Rendah Tahap Satu di seluruh Malaysia.
- Peserta mestilah warganegara Malaysia.
- Sumber bahan cerita hendaklah menepati kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2021- 2030 dan hendaklah dipilih daripada medium berikut:
- Buku-buku cerita kanak-kanak keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka atau yang terdapat dalam pasaran
- Cerita-cerita dari majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka atau media massa lain.
- Hasil karya sendiri.
- Kualiti cerita
- Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, bangsa dan agama.
- Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur anak-anak.
- Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan bersesuaian dengan tema Dekad Membaca Kebangsaan, serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
- Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 4 minit hingga 5 minit.
- Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan (Tidak melebihi 1 minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
- Peserta dibenarkan memakai kostum dan menggunakan prop tetapi tiada sebarang peruntukan markah. Pakaian seragam tadika masing-masing dibenarkan.
- Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
- Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak penganjur semasa pendaftaran penyertaan secara dalam talian berserta video.
- Bahasa penyampaian wajib dalam Bahasa Melayu.
- Video mestilah berdurasi antara 4-5 minit.
- Video perlu menunjukkan keseluruhan pergerakan peserta.
- Spesifikasi video adalah seperti berikut:
- Resolusi minimum adalah 720p atau 1280×720
- Format MP4 atau MOV
- Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan seperti suntingan video menggunakan suara latar orang lain, menggunakan identiti orang lain, aksi bercerita yang tidak beretika dan lain-lain yang boleh menjejaskan nama baik penganjur dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Rakaman video yang dihantar untuk pertandingan ini menjadi hak milik penganjur. Penganjur berhak menggunakannya untuk apa jua penerbitan/ program LOISB dan DBP.
- Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kriteria Pemarkahan
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kriteria | Markah | |
---|---|---|
1 | Teknik persembahan | 20 |
2 | Bahasa dan pertuturan | 20 |
3 | Penghayatan cerita | 20 |
4 | Interaksi dengan penonton | 10 |
5 | Mesej atau nilai dalam cerita | 10 |
6 | Tempo atau pengembangan cerita | 10 |
7 | Kawalan suara | 10 |
JUMLAH | 100 |