Anjuran Bersama

Objektif Pertandingan

MAKLUMAT

Pertandingan

Tempoh Penyertaan

Penyertaan dibuka dari 25 April sehingga 15 Jun 2021.

Paparan video di laman web rasmi pertandingan dan pengadilan bermula 15 Jun sehingga 29 Jun 2021.

Pengumuman pemenang 25 Julai 2021.

Kelayakan Peserta

Mestilah warganegara Malaysia.

Terbuka kepada murid murid sekolah menengah tingkatan satu (1) hingga tingkatan enam (6) (lahir pada 2003 hingga 2008).

Sekolah-sekolah yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, di Negeri Selangor.

Hadiah Terkumpul

Nilai hadiah terkumpul bagi pertandingan ini adalah sebanyak RM4000.

MAKLUMAT

Hadiah dan Penghargaan

Tempat Pertama

Wang tunai RM1000 + Sijil + Hadiah iringan

Tempat Kedua

Wang tunai RM700 + Sijil + Hadiah iringan

Tempat Ketiga

Wang tunai RM500 + Sijil + Hadiah iringan

3 × Saguhati

Wang tunai RM300 + Sijil

Syarat Pertandingan

Syarat Am Pertandingan

  1. Pertandingan terbuka kepada pelajar sekolah menengah yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor.

  2. Sajak yang ditulis mestilah dalam bahasa Melayu.

  3. Peserta dibenarkan mencipta sendiri atau memilih sajak daripada pelbagai sumber penerbitan.

  4. Sajak ciptaan sendiri mestilah karya ASLI peserta. Karya plagiat, terjemahan, atau yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.

  5. Karya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

  6. Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urus setia mendapati peserta melanggar syarat pada 2.3 dan 2.4, urus setia berhak menarik kembali hadiah kemenangan.

  7. Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan Pengetua sekolah.

  8. Peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan keaslian sajak yang terdapat dalam laman utama pertandingan, www.bakatrakyat.test. Borang tersebut perlu dihantar secara dalam talian bersama dengan video deklamasi sajak.

  9. Penyertaan yang dihantar hak milik penulis. Walau bagaimanapun pihak penganjur berhak menyunting, mencetak dan menerbitkannya pada bila-bila masa.

  10. Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan tertakluk kepada pertimbangan penganjur.

  11. Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak  penganjur.

  12. Keputusan panel hakim dibuat secara kolektif dan muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.

Syarat Khas Pertandingan

Penghasilan sajak dan video deklamasi

  1. Sajak yang dideklamasikan mestilah dalam bahasa Melayu.
  2. Sajak hendaklah ditaip menggunakan saiz kertas A4 jarak 2 langkau.
  3. Ditaip menggunakan font Arial bersaiz 11.
  4. Sajak ditulis dalam lingkungan 20 hingga 25 baris sahaja (tuliskan bilangan baris pada hujung teks).

Spesifikasi Video dan Panduan Mendeklamasikan Sajak

  1. Durasi video mesti tidak kurang 2 minit dan tidak lebih 5 minit.
  2. Format video yang dibenarkan ialah MOV dan MP4.
  3. Video mestilah dalam format HD (1280 x 720) dan ke atas dengan saiz nisbah video 16:9.
  4. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu atau alat muzik semasa mendeklamasikan sajak. Walau bagaimanapun, muzik latar mestilah tidak terlalu kuat hingga mengganggu suara pendeklamasi. Penggunaan latar hijau (green screen) untuk memasukkan kesan khas digalakkan.
  5. Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema sajak.
  6. Peserta digalakkan untuk menghafal dan menghayati sajak yang dideklamasikan.

Kriteria Pemarkahan

Penilaian panel juri berdasarkan aspek pemarkahan seperti yang berikut:

  • Aspek Pemarkahan Vokal/ Suara: 40%
  • Penghayatan: 30%
  • Kelancaran sebutan, kejelasan dan intonasi: 20%
  • Gaya dan kreativiti persembahan: 10%

Keputusan panel hakim muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.